Kring....!! Bunyi jam loceng milik Alia Arisya. Alia segera mandi dan solat Subuh. Selapas sarapan pagi, kedengaran bunyi hon."Itu mesti Afria tu... Tak reti sabar minah ni...", bebel Alia. "Dah cepat. Afrina dah tunggu kamu." arah Dr. Ain, iaitu mak Alia. Setelah mencium tangan ibunya, Alia segera masuk ke kereta Afrina. "Hai, Alia. Kenapa kau tak datang semalam? Aku nak tunjuk dengan kau mamat tu hensem gile..." ujar Afrina. Alia mencebik. "Ialah tu.." Sesampai sahaja mereka di gerbang Universiti Kebangsaan Malaysia, Afrina mencari tempat parking kereta. Mereka masuk ke kelas dan mengambil tempat paling hadapan. Tiba-tiba "Assalammualaikum." ucap lelaki itu. "Wa'alaikumusalam, Prof." , balas mereka semua. "Saya Prof. Daniel Franz. Saya gantikan Prof. Madyah. Jadi, awak dah belajar sampai mana?" ujar Prof. Daniel. "Wah... Hensemnya dia..." terpegun Afrina dibuatnya."Kau dah ada tunang jangan nak berangan", kata Alia pula. Prof. Daniel memulakan syarahannya buat pertama kali dalam hidupnya.
~~~~~~~~~~~~~~
Sesampai sahaja di rumah, Alia terus ke biliknya untuk mandi dan menunaikan solat Asar. Alia terus ke tingkat bawah untuk membantu ibunya memasak. Ketika menuruni anak tangga, Alia terkejut melihat Prof. Daniel berada di rumahnya. "Alia, kenapa kamu tercegat di situ? Marilah turun", ujar ibunya. Alia terus ke dapur untuk membuat air. Dia tahu setiap kali didatangi tetamu, kewajipannya mestila menghidang air. Alia menyusun cawan dan jag air yang dipenuhi air teh atas dulang. Dia menghantar dulang itu ke ruang tamu. Tetapi Prof. Daniel tiada, mungkin berada di luar... Agak Alia. Alia keluar dari rumah untuk mencari Prof. Daniel. Kelihatan Prof. Daniel memang berada di luar. " Profesor buat kat rumah saya?", tanya Alia. "Saya pun tak tahu, saya cuma ikut mak saya sahaja. Awak tak payahlah panggil saya profesor. Awak panggil saya profesor kat kelas je...",ujar Daniel. Kedengaran lagu 'Bad Boy' ringtone handphone milik Alia. Nama Afrina tertera di skrin handphonenya." Helo,Afrina. Kenapa call?", ujar Afrina sebaik sahaja menjawab panggilan telefon. "Helo. Jom jumpa kat tempat biasa.", ajak Afrina. "Ok", balas Alia. Dia mematikan panggilan telefon itu. "Mama, mana kunci kereta Alia?", tanya Alia. "Aik? Kamu tak tahu ke kan Kak Shida pinjam kereta kamu", jawab Dr. Ain. "Marilah saya tumpangkan awak", pelawa Daniel. "Ok, jom.", balas Alia. Terpaksa. Seampai sahaja tempat yang dijanjikan, kelihatan Afrina dan Amira bersama tunang mereka. Iaitu Lufi dan Akmal. "Bro, lama tak jumpa.", ujar Lutfi. "Ha'ah. Betul tu.", Akmal mengiakan sahaja. Rupa-rupanya Daniel ialah kawan lama Lutfi dan Akmal. "Pergh... Semua bawa tunang...", ujar Alia. Mereka berbual begiu lama tanpa mereka sedari sudah pukul 10.30 malam. "Huuaarghhh..", Alia menguap sambil menutup mulut. " Daniel jom balik. Dah lewat ni...", kata Alia. "Ok", balas Daniel. "Wei! Baik kau hantar dia balik cepat, nanti bakal isteri kau mengamuk pula...", ujar Akmal sambil ketawa. "Aku, nak minat kat dia? WEKK!!! Nak termuntah aku!", cebik Alia. "Jomlah, sayang! Nanti mak awak marah pulak.", gurau Daniel. "Sayang? Pleaselah...",cebik Alia lagi. Mereka semua ketawa melihat muka Alia yang merah padam. "Jomlah...!" desak Alia.Semasa di dalam kereta Alia sudah tertidur. Sesampai sahaja di hadapan rumah Alia, Alia masih lagi tertidur. Daniel mengejutkan Alia tetapi Alia tidak bangun-bangun juga. Daniel menelefon Dr. Ain untuk membuka pintu. Seperti yang disuruh oleh Dr. Ain, Daniel mendukung Alia sehingga ke bilik tidur Alia. Daniel berasa lain macam. Satu perasaan yang tidak pernah bertandang di hatinya. Daniel menyangkal perasaan itu.
Apakah yang akan terjadi ada Alia dan Daniel?
Tunggu 'Itukah Petanda Cinta Kita?' Bahagian 2

